PASANG... kerja-kerja penampalan gambar-gambar di atas panel telah dijalankan pada malam 31 Mei 1998. Ia dimulakan pada jam 10 malam dan berakhir pada jam 12.30 pagi. Kelihatan digambar ialah En. Abu Bakar (kiri) sedang memasang logo SUKOM 98 dan diperhatikan oleh Cik Mimi Azura.
shot taken by S.Nizam

BERHATI-HATI... kerja-kerja pemasangan panel gambar juga telah dilakukan pada hari yang sama yang dibantu oleh ramai ahli unit foto nadi 98.
shot taken by S.Nizam

TANDATANGAN... ahli unit foto juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menandatangani Buku Pelawat Pameran Fotografi. Kelihatan digambar En. Abu Bakar sedang menandatangani buku berkenaan dan dirakamkan peristiwa ini oleh 'videographer' unit foto iaitu En. Mohd. Shaharin sambil diperhatikan oleh En. Jamal Hisham (duduk) dan Cik Noryati (berdiri).
shot taken by S.Nizam

BARISAN VIP... tetamu kehormat pada hari itu ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang duduk bersama di sebelah kiri beliau ialah Pemangku Pengurus Besar BERNAMA Tuan Syed Jamil Syed Jaafar dan Pengarah Jabatan Komunikasi SUKOM Tengku Maziah Mokhtar dan duduk di kanan beliau ialah Pengarah Jabatan Operasi SUKOM YBhg Datuk Seri Abdul Manap Ibrahim dan Pengarah Jabatan Sumber Manusia SUKOM YBhg Mejar Jeneral (B) Datuk Kadir Nordin.
shot taken by S.Nizam

UCAPAN... tetamu kehormat YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil sedang menyampaikan ucapan kepada tetamu dan para hadirin yang hadir.
shot taken by S.Nizam

ORANG RAMAI... sebahagian daripada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
shot taken by S.Nizam

HADIAH... penyampaian hadiah sempena Pertandingan Fotografi NADI 98 telah disampaikan oleh YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil kepada para pemenang. Kelihatan digambar ialah YM Raja Noor Azmi menerima hadiah dari beliau kerana memenangi hadiah saguhati di dalam kategori 'Sport Photography'. Seramai 18 orang pemenang menerima hadiah masing-masing pada malam itu.
shot taken by S.Nizam

RASMI... YB Datuk Shahrizat Jalil memotong riben hijau menandakan rasminya Pameran Fotografi NADI 98 sambil diperhatikan oleh YBhg Datuk Seri Abdul Manap dan Wira di sebelah kanan dan Tuan Syed Jamil Syed Jaafar di sebelah kiri.
shot taken by S.Nizam

AMATI... YB Datuk sedang mengamati gambar-gambar para pemenang di dalam kategori 'Sport Photography' bersama YBhg Datuk Seri Abdul Manap dan diperhatikan di kiri beliau oleh YM Raja Noor Azmi.
shot taken by S.Nizam

TERANG... YM Raja Noor Azmi sedang memberi penerangan tentang gambar-gambar yang dipamerkan sambil diperhatikan oleh En. Mokhtar Hussain di sebelah kiri beliau.
shot taken by S.Nizam

SAKSI... YB sedang menyaksikan gambar-gambar aktiviti NADI 98 yang dipilih khas untuk menggambarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semenjak tahun 1997.
shot taken by S.Nizam

KENANGAN... ahli-ahli dari Kumpulan Koir dan Tarian NADI bergambar kenangan selepas majlis tamat pada jam 11.00 malam.
shot taken by S.Nizam